Camel trophy ke punca sungai bukit koboi.

4 wheel yang di guna untuk misi camel trophy

Jalan masuk ke sungai bukit koboi
View cantik kawasan hulu sungai bukit koboi.
Salah satu lubuk yang dikenal pasti 
Jalan masuk ke hulu sungai bukit koboi

Apa yg kami temui di hulu sungai bukit koboi. Pencemar sampah sarap daripada pembangunan di hulu sungai. Air sungai yang mengatalkan kulit. Tetapi masih jernih. Ini la sumber kita minum setiap hari. Selamber je teguk an. Gambar pencemaran tk nak tunjuk ah, buat semak blog je. Dah la buat semak sungai bukit koboi
     jangan la buat pencemaran sungai lagi k.. kita perlukan air bersih untuk hidup.
 Misi terhenti di pertengahan hulu sungai bukit koboi . Dan anggota camel trophy masing masing berpatah balik ke tempat checkpoint pertengahan di mane 4 wheel lenjan diparking. Dan mula berangkat pulang.

Anggota anggota Misi camel trophy ke hulu sungai bukit koboi.

1. Bochik
2. Wan
3.  Iss

Lunar New Year and me to Bentong





  Tahun baru cina aku berkejar ke bentong untuk settle kan beberape perkara dan on the spot balik
 Jalan masa cuti perayaan ni jangan cakap lah... memang sesak dengan kereta. Cukup lah kalau 3 buah kereta berhenti kat bahu jalan.. abis 10 km ke belakang jammed dia, gara gara mahu melihat kenape kereta tu .. kalau lihat dan bantu ramai ramai.. tow kereta tu ke .. bagus jugak kan.... 

Misi menjala ikan dan kerabu puchuk paku special... !?!



 Cara nak buat kerabu puchuk paku special... ? Kene p petik sendiri yang fresh .. sendiri yang pilih pada pangkal pokok..  baru jadi special... k..   :D


  Gambar kat atas tu  .. shot dalam sungai dengan berlatarkan tunggul kayu lagi . 
   Hang out cuti cny dengan wan & ocik dalam sungai menjala ikan... lokasi di rahsia kan untuk mestikan sumber dan alam sekitar terus terpelihara kikiki..  

Tekan kebawah dan tolak..

hehehe

Night life : KERJA KERJA KERJA.. :)

Cendawan Busut Jerubu : 5 bakul sekali jumpa

Jumpa cendawan busut tapi sudah setengah kembang.. jadi pilih mana yang masih segar dan baru tumbuh. jika masih awal pertumbuhan dia, sedap sungguh dibuat gulai masak lomak cili api... hehehe

Jerubu : Sesak dada menyedut asap jerubu ni

Masuk bulan kedua jerubu melanda tempat aku, bagai kabus disana sini tetapi bukan udara yang menyegarkan malah sesak kan lagi dada aku ni.
  Kerakusan segelintir manusia mengejar harta, sejumlah besar manusia lain yang menanggung akibat nya. Apakah kewajaran tindakan itu masih ada di hati setiap manusia ini ? jika mengejar kekayaan dengan menyeksa sebilangan besar makhluk yang lain dapat memberi keuntungan besar dan berlipat ganda .. jadi apakah ganti rugi pada sebilangan besar makhluk yg menanggung seksaan kerosakan yang di lakukan ini... " Apa kah kita terpaksa menghadapi tanpa ganti rugi.. berkali kali ? " SAMPAI BILA ... !

Sakura & Gejon

Sauh di P.D

Alam Lebah Madu Asli

Kotak Kedua : Lebah mula membuat istana.

Setelah sebulan cuba memindahkan Lebah madu kedalam kotak kedua berjaya.