Jun 14, 2020

Musim durian tiba untuk tahun 2020

Durian kampung pokok tertinggi dalam dusun 


    Musim durian telah tiba . Rezeki berbudi pada tanah di inas dan gemencheh. Selepas musim durian menyusul buah mata kucing dan langsat . Musim makan buah. 


#anakrimau #balikkampung #makansampaikembung

May 3, 2017

Hasil Kebun : Keledek ungu pekat organik

Keledek Ungu pekat Organik.

Assalam ,

Hari ni saya tuai lagi keledek ungu pekat untuk kali kedua, gembira tengok keledek ungu organik saya padat , sedap digoreng , isi berwarna ungu pekat .

Keledek ungu organik

Tanam keledek ungu ni 1/1/17 . Pakai baja tahi kambin fomula sendiri :)

Masuk hari ni baru 10 ketul keledek baru di tuai. Dari 4 rumpun keledek ungu. Satu dalam pasu dan 3 lagi dalam batas tanah.

 Ada 10 rumpun lagi masih belum tuai. Saya akan tuai pada bulan ramadan nanti. Nak buat pengat keledek . :D

Mar 12, 2017

- Pagi yang ceria - Selamat pagi Semua .



Assalamualaikum semua. Pagi yang ceria. Di kawasan Batang Benar gambar ni diambil. 

Kambing kuat makan pellet



Lepas ragut rumput sampai ke petang aktiviti kambin perut boyak ni makan pellet pulak.. ini makanan bantuan sementara menjelang siang esok hari nye pulak

Baka Senan Jantan 



Mar 11, 2017

Sup ayam panggang & kentang lobak dalam Magic pan dan Gulai ikan sembilang salai


Hari ahad dengan magic pan panggang ayam. Ayah saya lagi 5 hari balik dari umrah . Tinggal di rumah dengan mak je . Jadi hari ni kita magic pan ayam panggang.


Dah 15 minit masak keluar air pulak ayam magic pan ni. Dah nak jadi sup ayam panggang magic pan pulak ke..? kuah dia sedap jugak. Nak saye taruk rempah sup, mak saya tak beri. Jadi kite biar dia masak sampai kering air.. HEHEHE... 


Ikan keli salai nak digulai campur belimbing buloh.


Ini rupa nya bila siap masak dalam magic pan. Heehehe sup ayam panggang magic pan.